Kelab Usahawan Sosial (KUS)

Pengenalan

Kelab Usahawan Sosial (KUS) atau Social Entrepreneurs Club (SE Club) adalah sebuah kelab di bawah kelolaan dan sokongan Pusat Internet Desa (PID). Ia adalah sebuah kelab yang menjalankan aktiviti-aktiviti keusahawanan komersil dan sosial.


Objektif Kelab Usahawan Sosial (KUS)

- Meluaskan jangkauan perkhidmatan PID kepada masyarakat setempat seterusnya memperkasakan masyarakat untuk melakukan aktiviti yang memberi impak positif kepada sosial, ekonomi dan alam sekitar mereka;
- Untuk membantu masyarakat memahami konsep keusahawanan sosial;
- Sebagai platform untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan berkaitan keusahawanan sosial;
- Untuk melahirkan usahawan-usahawan baru termasuk usahawan sosial.


Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran yang dikenalpasti untuk menjadi ahli kelab terdiri daripada:
- Pengguna PID ≥ 16 tahun;
- Usahawan sedia ada;
- Sesiapa yang berminat menjadi usahawan komersil dan usahawan sosial;
- Ahli-ahli dari badan-badan sukarelawan.


Faedah – faedah Ahli Kelab Usahawan Sosial

- Mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menjadi usahawan komersil atau usahawan sosial yang berjaya melalui pelbagai aktiviti seperti latihan, diskusi, pembangunan dan perlaksanaan rancangan perniagaan, rangkaian kerjasama dan aktiviti pengumpulan dana;
- Menjadi sebahagian dari ahli rangkaian kerjasama kelab usahawan dari 40 PID seluruh Malaysia;- Diskaun ke atas penggunaan kemudahan serta perkhidmatan di PID seperti faks dan percetakan;
- Keahlian PID.

No comments:

Post a Comment