Aktiviti-Aktiviti GEW 2008

Taklimat I
Tajuk :Pengenalan Kelab Usahawan Sosial (KUS)

Penceramah :
Puan Shamsiah Binti Mohd Yusof


Pn Shamsiah Binti Mohd Yusof selaku Pengerusi KUSPID Sg Pelek memberi pengenalan tentang Kelab Usahawan Sosial (KUS) kepada para peserta. Taklimat yang bermula pada jam 10 hingga 11.30 pagi ini telah dihadiri oleh 12 orang peserta dari kawasan sekitar Sg Pelek. Alhamdulillah walaupun hujan, para peserta tetap hadir bagi menjayakan program GEW ini.

Berikut adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa taklimat dijalankan :




******************************************************


Taklimat II
Peluang Perniagaan dan Kemudahan Pinjaman
Oleh En Nizam Bin Zaman
Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

En. Nizam BIn Zaman, AIM

Taklimat diadakan pada jam 3 petang hingga 4.30 petang. Malangnya sesi taklimat ini hanya dihadiri oleh 7 orang peserta sahaja walaupun pihak PID telah membuat beberapa kali panggilan follow up. Walaubagaimana pun, sesi ini berjalan dengan lancar hingga ke akhir sesi.


Antara gambar-gambar yang dirakam :




*********************************************************



Taklimat III
Kemudahan dan Penyelesaian Kredit
Jangka Pendek dan Jangka Panjang

Penceramah :

En. Mohd Nor
Pengurus Cawangan Angrobank Salak Tinggi


KUSPID Sg Pelek telah menjemput En. Mohamad Nor, Pengurus Cawangan Agrobank Salak Tinggi bagi memberi taklimat di bawah tajuk Kemudahan dan Penyelesaian Kredit Jangka Panjang dan Jangka Pendek. Sesi taklimat ini diadakan selama 2 jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Taklimat ini disertai oleh 14 orang peserta yang terdiri daripada usahawan-usahawan yang sedia ada dan bakal-bakal usahawan sekitar Sg Pelek.


Berikut adalah gambar-gambar yang dirakam ;





********************************************************

Taklimat IV
Tajuk : Potensi Keusahawanan dan Peluang Pinjaman

Penceramah :
Cik Rosezaimah Binti Ismail
Pegawai MARA Daerah Sepang



Taklimat oleh Cik Rosezaimah selaku Pegawai MARA Daerah Sepang telah dijalankan dengan jayanya. Alhamdulillah taklimat kali ini dihadiri oleh 21 orang peserta dari kawasan sekitar Sg. Pelek dan Sepang. Taklimat ini telah memberi pendedahan kepada para dan bakal-bakal usahawan yang datang tentang peluang dan prosedur-prosedur pinjaman. Sesi ini berjalan selama dua jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari.

Antara gambar yang telah dirakam sepanjang taklimat dijalankan :




No comments:

Post a Comment