GEW 09 : Demontrasi Pembuatan Kraftangan

Demontrasi Membuat Klip Rambut
Tarikh : 23 November 2009
Masa : 2.30 pm - 4.30 pm
Tempat : Pusat Internet Desa Sg Pelek
Jumlah peserta : 5 orang

Objektif :
- Memberi pendedahan tentang kepelbagaian kraftangan yang boleh dibuat dalam mempelbagaikan produk.
- Memberi ilmu dan kemahiran baru dalam diri.
- Memberi peluang untuk mencuba produk baru.

GEW 09 : Bengkel 'Mari Guna Internet'


Tarikh : 23 November 2009
Masa : 9 am - 12 pm
Jumlah peserta : 7 orang

Objektif :
Memberi seberapa banyak pendedahan kepada peserta tentang kepelbagaian kegunaan Internet dalam mencari maklumat, aplikasi perbankan secara online, menjual/membeli produk atau mempromosikan produk/perniagaan secara online dan sebagainya.


GEW 09 : Program Mesra Usahawan


Program Mesra Usahawan
Tarikh : 20 November 2009
Masa : 9.00 pagi - 12 tengahari
Tempat : Pusat Internet Desa Sg Pelek
Jumlah Peserta : 6 orang

Objektif :
Program Mesra Usahawan diadakan untuk berkenalan dan merapatkan hubungan sosial usahawan-usahawan di sekitar Sg Pelek di samping berkongsi idea, pengalaman, nasihat dan pendapat berkenaan perniagaan masing-masing. Ia juga diharapkan dapat memberi/menaikkan semangat para usahawan-usahawan baru untuk terus mara dan berusaha memajukan perniagaan atau memulakan perniagaan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program :

1. Sesi bertakruf
2. Pengenalan produk
3. Memperkenalkan laman PID dan E-Kedai
4. Perkongsian Idea dan Pendapat




GEW 09 : Bengkel Blog


Bengkel Blog
Tarikh : 18 November 2009
Masa : Sesi I (9 am - 12 pm) dan Sesi II (2 pm - 4.30 pm)
Tempat : Pusat Internet Desa Sg Pelek
Jumlah Peserta : 8 orang

Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang bengkel :

Sesi I :
1. Pengenalan dan pendaftaran E-Mel
2. Pengenalan folder Inbox, Draft, Sent dan Trash.
3. Memberi bimbingan mengarang (compose) emel, menghantar dan memadam emel.
4. Memberi tunjuk ajar melampirkan dokumen atau gambar (attachment).

Sesi II :
1. Pengenalan kepada laman Blog
2. Menayangkan contoh-contoh blog yang sedia ada.
3. Pendaftaran blog
4. Merekacipta blog
5. Memuatnaik gambar atau video ke dalam blog


Antara gambar yang dirakam :



GEW 09 : Site Visit Ke Karnival GEW Anjuran PID Hulu Langat

Tarikh : 17 November 2009
Masa : 9 pagi - 4 petang


Objektif :
Site Visit bertujuan menimba pengalaman dari usaha yang dilakukan oleh Pusat Internet Desa Hulu Langat dengan kerjasama komuniti setempat. Dari situ dapatlah kita lihat kelemahan dan kelebihan Karnival yang dijalankan, yang mana dapatlah juga kita jadikannya sebagai ikhtibar dan motivasi kepada komuniti kita sendiri.






GEW 09 : Promosi PID


Tarikh : 10 Oktober 2009
Masa : 12 tengahari
Tempat : Kedai Makan Mawar Putih, KLIA

Objektif :
Pusat Internet Desa Sg Pelek telah mengambil inisiatif mempromosikan PID dan KUSPID di Kedai Makan Mawar Putih, KLIA sempena Jamuan Terbuka Hari Raya Aidilfitri pada 10 Okt. 2009. Promosi yang diadakan bertujuan untuk mendedahkan atau menghebahkan lagi perkhidmatan PID/KUSPID kepada orang awam dengan lebih jauh.

PID FAIR 2009 - GEW

PID Entrepreneurship Fair 2009 akan dianjurkan untuk kali ke dua oleh Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan pada 16 hingga 20 November 2009.

Matlamat utama program ini adalah untuk melahirkan para usahawan baru di kalangan komuniti luar bandar dan memupuk minda keusahawanan yang bukan sahaja dapat mewujudkan komuniti yang berdaya saing malah dapat menzahirkan dan membantu melaksanakan agenda negara untuk melahirkan rakyat Malaysia yang inovatif dan berwawasan.