GEW 09 : Program Mesra Usahawan


Program Mesra Usahawan
Tarikh : 20 November 2009
Masa : 9.00 pagi - 12 tengahari
Tempat : Pusat Internet Desa Sg Pelek
Jumlah Peserta : 6 orang

Objektif :
Program Mesra Usahawan diadakan untuk berkenalan dan merapatkan hubungan sosial usahawan-usahawan di sekitar Sg Pelek di samping berkongsi idea, pengalaman, nasihat dan pendapat berkenaan perniagaan masing-masing. Ia juga diharapkan dapat memberi/menaikkan semangat para usahawan-usahawan baru untuk terus mara dan berusaha memajukan perniagaan atau memulakan perniagaan.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program :

1. Sesi bertakruf
2. Pengenalan produk
3. Memperkenalkan laman PID dan E-Kedai
4. Perkongsian Idea dan Pendapat




No comments:

Post a Comment